Assalammualaikum...
maaf ye...lewat update
Minggu ni aku akan masukkan gambar raya masa aku beraya bersama suami & mak mertuaku buat kali pertama dalam sejarah hidupku.
Buat kali pertama aku beraya di rumah mak mertuaku.aku terasa boring sangat sebab aku beraya di KL.Padahal pada dikampung suamiku masih mempunyai nenek.Apabila lepas sembayang raya kami semua bermaaf-maafan antara 1 sama lain.Kemudian apa lagi kami semua bergambar la sekeluarga. Jam di dindingmenunjukkan pukul 9.00 pagi perut pun masing-masing lapar. kami pun makan la...Selepas 2 aku &keluarga suami duduk 1 meja berborak mengenai hari raya di kampungku bagaimana ?
Kebiasaannya pagi raya aku bersalam dengan mak,abah,akak,adik,nenek &pak cik makcik ku yang berada di melaka.Tatapi kini berubah hanya dengan suamiku & keluarga mak mertuaku saja.
Selepas sudah berborak tetiba bapa mertuaku sibukuntuk bersiap pergi ke kerja di hari raya per 1. Aku pun bersiap untuk balik kegopeng perak bersama mak mertuaku.Hari raya pertama (2.00 ptg) aku balik ke gopeng & aku balik ke sini raya kedua (4.00ptg).Pada keesokkan harinya aku bergegas balik ke melaka selepas sembahyang jumaat kerana aku dapat panggilan nenekku buat kenduri doa selamat,dia suruh semua cucu-cucunya pulang ke kampung.Aku pulang ke KL pada hari raya ke4 (10.15mlm).Tiba di KL pukul 11.30 mlm, selepas sampai di rumah suamiku tarik muka.Aku risau gak rupa2nya dia kata keletihan dari gopeng hanya rehat sekejap je terus ke melaka..
Kesian suamiku...
Maaf ye abang.............
-Eina & Mie-